KATEGORI & TAJUK
KATEGORI :
INOVASI BERBANTUKAN PRODUK
TAJUK INOVASI :
ODCssey VERSION 2.0
ABSTRAK
Nashimah Banu Habeeb Mohd, Rusnizan Ibrahim, Roslan Abu Bakar
Unit Biologi
Lekuk Penguraian
Oksigen adalah graf yang menunjukkan perbandingan peratus ketepuan haemoglobin
berbanding tekanan separa oksigen. Tahap keafinan haemoglobin terhadap oksigen
adalah berbeza pada aktiviti yang berbeza. Keafinan haemoglobin semakin
meningkat dengan peningkatan tekanan separa oksigen. Konsep penguraian
haemoglobin terhadap oksigen susah difahami pelajar biologi. Pelajar sukar
membuat gambaran haemoglobin terhadap oksigen. Odyssey adalah hasil kajian yang digunakan untuk membantu pelajar
memahami Lekuk Penguraian Oksigen. konsep yang digunakan ialah 'flip classroom' dimana pelajar diberikan dengan video animasi pembelajaran ODC. Penerangan Lekuk Penguraian Oksigen
dikaitkan dengan tahap keafinan haemoglobin terhadap oksigen. Untuk menerangkan
konsep keafinan haemoglobin terhadap oksigen, pelajar terlebih dahulu
diperkenalkan dengan model struktur globular protein haemoglobin. Graf & analisis graf yang
direka dalam bentuk video memudahkan visualisasi pada pelajar. Pada graf tersebut dimasukkan
juga gambar-gambar aktiviti harian yang mewakili aktiviti tisu yang berbeza
pada tekanan separa yang berbeza untuk menarikkan lagi tayangan video. Penerangan yang lebih jelas, anggaran
pengiraan tahap peleraian oksigen oleh haemoglobin di terangkan bagi setiap
aktiviti tisu yang berbeza.
OBJEKTIF INOVASI :
OBJEKTIF UMUM
Membantu pelajar menguasai tajuk 'Gaseous Exchange'
OBJEKTIF KHUSUS
1. Memahami ODC dan signifikannya
2. Menghubung kait % ketepuan hemoglobin dengan oksigen pada tekanan separa telap yang berbeza
3. Menghubungkait peleraian oxyhaemoglobin dengan ODC
KUMPULAN SASARAN:
Pelajar Sains Hayat Kolej Matrikulasi Selangor SB025/DB024/DB045
No comments:
Post a Comment