PRE INOVASI

PENJANAAN IDEA/ KENALPASTI MASALAH




Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, didapati pelajar agak keliru dan sukar untuk mendapat markah yang tinggi jika soalan oxygen dissociation curve ini disoal. Berdasarkan pemerhatian & perbincangan bersama pengkaji serta pensyarah- pensyarah Biologi, didapati bahawa: 
1. Pelajar tidak dapat memahami Oxygen Dissociation Curve (ODC) dan signifikasinya
2. Pelajar tidak menghubungkait peratus ketepuan haemoglobin dengan oksigen pada tekanan separa oksigen yang berbeza



Masalah pelajar ini juga turut dibuktikan menerusi LAPORAN BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENYAMPAIAN ISI KANDUNGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN  bagi matapelajaran Biologi pada 4-6 Mac 2005 muka surat 101.





KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SEBELUM INOVASI



FASA 1:

Pengajaran dan pembelajaran untuk Chapter 8: Gaseous Exchange: Subtopic 8.2 Oxygen dissociation curve selalunya dijalankan dalam mode kuliah dan dalam tutoran. Jika mode kuliah, Oxygen dissociation curve ini akan diajar dalam satau hala sahaja iaitu memaparkan keluk dan penerangan akan dibuat berdasarkan paparan keluk yang diberi.

Jika di dalam tutoran, pengajaran lebih kepada kumpulan kecil dimana keluk akan 
 diperkenalkan  dengan melukis pada papan putih dengan meletakkan paksi X dan paksi Y serta jenis sel yang terlibat semasa aktiviti unloading oksigen daripada hemoglobin.



* menerusi kaedah melukis di papan putih, didapati beberapa masalah wujud antaranya:
1. Keluk yang dilukis tidak tepat dan menepati peratusan ketepuan. Ini menyebabkan pelajar menjadi keliru dan salah apabila analisis keluk dibuat.

2. Pelajar tidak dapat mengadaptasi peratus ketepuan oksigen dengan jenis aktiviti yang dijalankan oleh tisu.

3. Keluk yang dilukis tidak menarik perhatian pelajar dan membosankan.




FASA 2: 

Berdasarkan fasa 1, beberapa penambah baikan dibuat dimana keluk peratusan ketepuan oksigen dicetak pada kanvas yang kalis air serta bole dipadam jika menggunakan marker papan putih.
Kanvas ini akan dilekatkan pada papan putih menggunakan magnet, memudahkan dibawa dan digunakan dimana- mana bilik tutoran/ pusat sumber.

Turut diperkenalkan 3 jenis aktiviti tisu secara analog yang berbeza iaitu gambar paru- paru, gambar aktiviti lasak seperti berlari serta gambar dalam keadaan berehat.Ketiga- tiga analoq ini akan memberikan gambaran yang jelas akan jenis aktiviti yang memerlukan oksigen tinggi, sederhana dan rendah.


* Kelemahan dari Fasa 1 berjaya dikurangkan namun hanya satu masalah iaitu
1. Pelajar terikat pada bilik darjah untuk mengakses keluk peratusan ketepuan oksigen serta bergantung pada nota berbentuk kertas untuk memahami mengenai keluk.

No comments:

Post a Comment